Tuesday, 20 December 2011

Tingkat 29..DBP, Kuala Lumpur.

Tak tinggi pun tingkat 29 ni. Naik lif sekejap cuma. Kalau handalan naik tangga, barulah berasa tinggi. wraft3..wuuuYooo. Naik jugak aku kat sini ya. Tak pernah terbayang tu. kui3.. Langsung tak gayat bro. kah3. Orang 'gedeber kecek'. Kalau buat tejunam payung terjun pun belum sempat terbuka. Jangan coba-coba. Kalau nak coba, jom pakat ramai-ramai kita pergi menara KL. Nak tak? Wah!! Best nyerr..kan2. Jom

Bayangkan anda semua berada di puncak menara KL, 
pejamkan mata,
tiba-tiba, sekawan burung mengipas sayapnya,
rasakan angin menampar manja pipi gebumu,
bajumu berliuk lentuk dihembus bayu,
(waitttt..ambik gambar sekeping
nak masuk dalam blog..
hahhahahahha...)
tudungmu sudah terpeleot tuu...hahhah.
Baik, buka matamu.
Pandang atas dulu,
Haa baru boleh pandang bawah..
Waaaaaaa....(bagi yang penakut la).. 
(aku tak..malu-malu je..:)

Okey.. Dushhhh!!! 
kamu ditolak dari belakang..
Dumm jatuh katil..
kah3..
(imaginasi & sensitivi & kreativiti )




Dayah UTM dan Fana UIAM


Jannah yang tinggi


kenangan dengan mereka-mereka

Monday, 19 December 2011

Detik Itu Berlalu pergi

Sebenarnya best tau apa yang telah kita lakukan kalau difikirkan balik. Banyak mencipta kenangan dan pasti satu hari nanti kita akan mengingati detik-detik yang telah berlalu itu. Yang pasti pelbagai fenomena telah tercetus hinggakan nak gelak je terusss..:)

 Nak upload video yang lama-lama, tapi sayang ngakk bisak. awat la pulak.. Best plak tengok. Tapi tak boleh nak kongsi ketawaku ini dengan korang..kih3. Tapi takpa.. Akan ku coba dilain waktu. yiiihiii...

Nah, saksikan video yang ini.. Tunggu ataupun random dulu ye. Best ni, rugi kalau tak tengok..kah3.

Ala, tetap tak boleh nak upload. Ni telah mendatangkan marah. waaaaa.. Aku tak nak kacau roomate ku nak study. Susahkan dia pulak nak convert video ni. Tak boleh nak upload video ni kat blog sebab dia play in winamp, lau gom ke VLC ke boleh je nak upload. Hmm sabar ajo la.. Rugi korang tak dapat tengok. haha. Tengok yang ni je boleh upload.kah23..


maap Lah nga Cda nggak ada..kih3










Saturday, 17 December 2011

BBX3407 kat rumah PERIBADI MULIA, Kajang.

Anak kecil yang tidak mengerti
tidak tahu apa-apa
belum kenal akan kehidupan
kekosongan jiwa mereka
terserlah di mata hati. 
Kehadiran kami dirai mesra
merasa erat benang kasih yang dihulur
tanpa segan menyambut jua.













Apa Pun Tak Boleh

Hari Jumaat yang dah 2,3 hari yang lepas, pagi tu kita orang yang minor seni persembahan telah membuat sebuah pementasan kat rumah anak yatim nun di Kajang. Tak jauh tak dekat jugak. Tol singgit pegi dan singgit balik.

Lepas balik tu dalam pukul 11 lebih, terus pi fakulti sebab ada kelas jam 3 hingga 5. Siap ada presentation lagi tu. Tapi, of cof la baca slide je kan. wraft3. Then balik bilik nescaya la penat kan.

Nak kata yang amat penat tak dek la macam tu sekali kan. Tapi, yang anehnya, kenapa aku ngan Cda boleh tidur dari ptg sampai esok pagi. hmmm Apa pun tak boleh.

Since 6pm to 6.40am tomorrow. Wah!! Mujur bangun tu tak gilak haku.. kah345. Mencatat sejarah tu babe. Kalau kat rumah, mau di hayun dengan batang kelapa aku..hihi. APA PUN TAK BOLEHh DAa.. benar-benar keterlaluan. Masya ALLAH..

Semalam

Tengok, ku dah kena selesema. Nak tidur pun tak berapa best kerana bernafas dengan hidung sebelah. Yang sebelah lagi tentulah tersumbat kan.kih3.. Dah lama selesema ni nak datang, tapi dia malu-malu. Ni je dia berani nak serang aku yang kuat ini. Arghh. Cabaran kecik je ni. Kena air rahmat sejak kebelakangan ini. Best apa main hujan. whooohoo..Apa yang aku mengarut ni kan.hahhaha. Tak rock pulak gelak hahaa. ni baru rok. kah34.

Semalam pergi Mines. Makan tokayaki ngan oreo mc flurry bersama Shahieda. Pening kelapaku nak habiskan tokayaki itu.. Huishh. Then tunggu seorang kawanku yang lambat tiba kat escalator kat tepi tgv cinema. Punyalah banyak ragam manusia ni. Macam ni,macam ni lah, macam tu. Sekali macam ni daaa..Pastu kawanku pun datang. Esok-esok kita tengok lagi yer Da. kah4.. Okey:) Tengok orang nyanyi. Melody Idol. Huuuuuuuuu.

 ku think in this ingredient have so many monosodium glutamat. That's why i got dizzy2..

The winner whoooo.. yahooo..yabedabudu.. opps 

haa.. ni sebelum pi tengok miss the wave..kah34

Tuesday, 13 December 2011

Gracias Mi Amiga

Korang memang rockk. Ada siempre jiwa karat uu. Ko nak main angin jah? kah3. Bicara Nozieliana pun main angin jugak.. Beli kek mangga nah. Time kasih zi. Ada. Nati ku balas tahun depan ye. Ku tulis yang main angin kuat gitu deh. kah3.. Nak tahu ke apa yang ku ceritakan ini... ta tra tra



Mekasih Da. Terharu ku baca. Nice card.

Mekasih Zi. Manis kek ini. Like Tuan like cake

Kasih dan sayang dalam ni.. hihi

Yummy2.. sejuknya...

Monday, 12 December 2011

Mak & Ayah..

Pada tanggal 13 Disember 1989, mak aku sakit perut. Dah 9 bulan 10 hari kot mak bawa aku ke sana ke sini dan kemari. Aku rasa, aku tak pernah meragam kot masa dalam perut mak tu. Emm tak kan mak. hihi. JENG3, pada waktu Asar, aku meronta-meronta mahu keluar untuk melihat alam yang fana ini. SubhanaALLAh, wuyoo.. aku pun terkeluar tanpa bidan sempat menyambut aku. Adushh..aku melambong ke arah suatu tempat. Ades.. Sakitnya mak. Aku tahu mak lagi la sakit. Aku pun sakit jugak. kah3. Masa tu beranak kat rumah. Tak sempat nak pi Hostipal. Arghh bedal sajalah. Aku rasa akulah antara bayi yang paling comel di antara bayi-bayi yang beranak pada tanggal tersebut. wraft3.. Well, mak dan ayah serta akak-akak dan abang-abang yang terdahulu dariku itu, terima kasih kerana melahirkan dan menjaga aku serta memberi segala perlindungan dan perhatian selama hayatku ini. Jasamu tidak mungkin bisa ku balas. Namun ketahuilah oleh mu semua. AKU BISA MENGGANAS menakluk dunia ini..hahaha.. kenyataan berani dari aku yang bergelar aku. vivittt

i LOVE mi familia mucho3

Sunday, 11 December 2011

BBX3407

Dahlia di Alam Magika merupakan sebuah teater kanak-kanak yang akan di pentaskan pada 16 Disember ini. Cerita ini tidak diadaptasi dari mana-mana lakonan samada di dalam mahupun luar negara. Banyak peristiwa yang telah berlaku sepanjang latihan mahupun sepanjang kelas BX3407 ini berlangsung.

Dari itu, dapat dijadikan panduan serta pengajaran kepada sesiapa yang bakal menjadi actress mahupun actor satu masa nanti. Sentiasalah menjaga disiplin dan menepati masa. Jangan biarkan kumpulan anda berada dalam kesusahan. INGAT!! Sesebuah kumpulan itu penting jika kita bekerja di bawah satu kumpulan.

Ada beberapa shoot cantik semasa latihan hari Jumaat lepas..hihi..



Dari kiri : Bunga, Melor, Arnab dan mulut Nenek

Nenek dan tahi lalatnya, Dahlia dan Ulat Bulu..

Nak tahu perkembangan selanjutnya.? Anda semua harus tunggu selepas 16hb ya.. Daa

Saturday, 10 December 2011

SEDINGIN PETANG

Best betul main hujan ramai-ramai. Tapi only 3 of us. Kira ramai jugak la. Lebih dari sorang kan. wraft3.. Nanti hujan datang lagi, kita mandi lagi ya. hureeyy reyy reyy..

Thursday, 8 December 2011

Dulu Kini dan Selamanya Bersama

Bersamamu ku rasa indah
Bersamamu ku rasa bahgia
Bersamamu ku rasa sekejap.

Terkenangkan mu ku jadi rindu
Terkenangkan mu terukir senyum.

Pabila kau tiada ku rasa sunyi
Pabila kau tiada ku rasa kosong.

Semua yang berlalu manis teramat
Kenangan kau dan aku
Sentiasa mekar
Sentiasa bercambah
Tidak sekali hanyut..

Majlis Pertunangan Nor Liyana

Ika,Along,Noli,Aku,Iza & Ayu

Iza & Pendi.kah3

       Aku, Noli & Ika berlatarkan bendang

Banyak kenangan dengan kalian yang tak mungkin aku lupakan.

Tuesday, 6 December 2011

RINDU PADAMU

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu.
Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan. Sungguh, bila dekat dengannya kita tak pulak nak bermanja-manja dengannya. Tapi bila jauh, barulah rasa rindu itu bertandang di hati. Lepaskan egomu, lucutkan perasaan malu itu. Tunjukkan padanya yang kita sayang sangat-sangat kat ibu kita.






                         I LoVe You moM....





Ada Gaya Ning Tak?

Sunday, 4 December 2011

Hari Sakit Tumit Sedunia

Hari semalam dengan hari semalam merupakan salah satu hari yang paling memenatkan tetapi best kalau dihayati dalam hidup aku. Hari yang semalam aku balik rumah akak kat Shah Alam. Tak lama pun tunggu bas komuter jugak tak lama tunggu komuter dari Serdang menuju ke Rawang sampai. Sekejap je. Tapi sayang, aku nggak bisa duduk. Ramai tumo orang. Sesekali ada jugak peluang aku nak berenut temapt kosong tu, tapi emh malas la nak berebut ngan orang yang tak berapa nak rok. Mendatangkan marah adalah tengok aksi kesungguhan yang dipamerkan oleh mereka itu. Sungguh tak berapa sopan.

Seterusnya komuter tiba di KL Sentral. Aku pun bertukar haluanla. Dari sayap kanan, beralih ke sayap kiri. Naik la komueter menuju ke P.Klang. Ada orang ni aku tengok kan. eeii geram betol. Buat lalak penim la pulak bila tengok ada akak tu bawak baby, tapi sayang akak tu tetap berdiri dengan baby di tangannya. Yang budak ni pulak, masih meneruskan kepeningannya itu. Lagi sekali tak berapa nak sopan. Al kisahnya aku pulak, berdiri terus di sepanjang 14 stesen. Huh! betapa sakit tumitku ini. Tapi ku gagahkan semangat. Akhirnya, masa yang tunggu telah tiba. Yabedabudu. Aku dapat duduk. Yeay.. Hureeii. Dapat duduk hanya untuk yang last stesen, iaitu dari Batu 3 ke Shah Alam. Tapi tak pa. Masih ada rezeki di situ. 

Akhirnya, perjalanan aku yang jauh pun sampai jua. Tapi malang sekali, my akak still tak ada menunggu aku kat stesen komuter tu. Tak patot langsung. Akhirnya aku ambik keputusan drastik. Aku berjalan kaki secara slow rock di sepanjang jalan. Ini kerana rumah akak aku ni tak jauh sangat pun dengan stesen itu. emm panjang jugak cerita ini ye. kah3

Baik. Hari semalam selepas hari yang semalam tu pulak, aku dan kakak-kakak serta anak keponakan telah meramaikan orang pergi memeriahkan jom heboh kat Bukit Jalil. Saja nak bagi sokongan kat TV3. kih3. Mujurlah tak berapa nak panas. Tapi, akibat ramai orang yang berebut nak ke sana dan ke mari, jadi berpeluh jugaklah ketiak masing-masing. Orang ramai berasak-asak membeli barang jualan. Kalau tengokkan paper bag masing-masing, hmmm kat mana lah nak disimpannya. Aku pulak berebut nak dapatkan hadiah. kah3. tak cara kokram doh. Ambik gambar pun kaluk jugak. Lepas tu, kita orang buat handalan lagi. Pergi mengunjungi Mines pulak. Sabarlah kaki. Apa nak buat. Dah tugas kan. Apa yang bisa dingomong is hari-hari tersebut sememangnya capek, namun berlalu dengan smooth and silky.


Saturday, 26 November 2011

ops! silap post plak..

Awat aku pun post jugak pasal yang sudah dipostkan oleh para posto ( geng cempaka sari) tu? emm tak yah susah-susah la ta. Dia orang dah tolong masukkan gambar i dah. Tak payah nak memuatnaikkan lagi. an an. Tak yah la. Hmm malam ni aktivitinya ialah berdansa. Pertama kali nak buat memang sukar. Sukarnya, untukku berpisah denganmu. Ku kunci, cintaku = Ramlah Ram pulak. Tapi selepas diulang tonton beberapa das kali, alah! senang jer. (kita tengok hasilnya saja) kah3.. Huyyoo..berpeluh-peluh ooo.

Motif yang sebenar post yang silap ini ialah tak ada apa pun. Saje ungkit kisah silam. Moga terimbau balik kenangan lama kan. kikikih3





















                                 nah! Terbaru la jugak..kah3

p/s : Tiada kaitan antara dulu dan sekarang.. Hadapilah kenyataan..Wraft3

Wednesday, 16 November 2011

Tolongg.. 'Shida' kat tepi aku ni!!


Nah! satu lagi pengalaman manis yang ku dapat ketika membuat tugasan ini. Semua rasa ada. Tapi yang paling penting ialah kerjasama. Semua geng kita memberikan kerjasama yang memang cukup. Walau apa jua yang bau, kita tetap bersatu kan. Cempaka Sari boleh jer.. Yeayy..Yahuuuk

kah kah kah

Posted by Picasa

Tuesday, 15 November 2011

Aku Yang Menemankan Malam

                       "Sebelumnya kau pergi,
                       renunglah ku di sini,
                        kerna mungkin terjadi,
                         kita takkan bersua lagi.

Huishh.. Jiwa karat ku di malam buta ni.. kiki.. Teringat kenangan dulu-dulu bila lagu-lagu evergreen ni berkumandang dipendengaran. Terimbau segala yang buleh terimbau la kan. Adess.. Kini aku sendiri, jauh melangkah pergi, tidak menoleh lagi. Kenangan silamku kini tertulis dalam sebuah puisi. Masih boleh meneruskan perjalanan walau apa jua badai menimpa. Bak kata Erra dalam lagunya 'manisnya pertemuan, pahitnya perpisahan'.

Setenang air dikolam yang banyak bunga teratai berkembang mekar bila pagi dan menguncup bila tengaharinya khususnya kat kolam kat DKAP tu kan, ala yang kat tepi dia tu ada beberapa pohon rambutan yang sedang masak seranum dan semanis miktam itu, huh! semput nak menghabiskan ini ayat maa.. Tiada sebarang tema dan persoalan pada perenggan dua..kah33. Tapi, ku kangan sama sahabat lamaku yang jauh nun di sana..

                SArAH.. Ku kangan sama kamu..


   Inilah dia sahabatku =Maisharah Mohamed Ali.. Lof u Rah..

Ku berdoa supaya persahabatan yang kita bina selama ini mampu bertahan hingga ke akhirnya. Biarlah beribu batu jauh jarak penghalangnya, biarlah masa menjadi kekangannya, biarlah segalanya berlalu, namun satu yang ku ingin  khabarkan, aku bangga, bersyukur, teruja dan segala rasa lagi kerana Tuhan mempertemukan kita. Persahabatan yang kita bina banyak mengajarku tentang satu perkara iaitu best kalau dapat kawan yang sememangnya best.

Kini, ku juga punyai sahabat yang best-best belaka. Aku bangga punya sahabat sehebat  seperti kalian. Kalau nggak, siapa yang mahu melayan karenahku dalam meniti arus globalisasi masa kini. Dengan adanya sahabat seperti kalian, duniaku penuh dengan warna-warni. Kebannyakannya, manis-manislah. Susah nak dikata. Rumusannya is korang memang hebatlah..






               hihi..gambar sekadar hiasan rindu..

Sunday, 13 November 2011

Jom cari dia

Suatu hari nanti selepas kita semua telah bergraduat, tentu semua akan kalut pergi mencarinya. Mana taknya, dia ni penting untuk kita semua serah balik yang bukan milik kita tu kan. Kalau tak bayar kang, sampai la suratnya. Wah! lega kan kalau dapat bayar cepat-cepat. Takyah dok pening-pening. Yuk semua kita pakat berebut gi cari kerja. Tentu seronok banyak kan gi cari kerja, pastu gi interbiu. Wah!! gimana ya pada masa aku gi interbiu nanti. Apa yang dipakai? Better ku pi beli baju batik barang sehelai dua tiga helai.

Hmm...tak sabarnya ku menanti detik itu. Semuga aku mampu mendapat apa yang aku idamkan. Tapi, kalau tak dapat apa yang aku berkehendakan pun takpa, janji ku punya kerja. Jangan pilih-pilih.. Bedal jer, tapi kena tengok jugak la bro. Jangan bedal sebarang bedal. Biar bedal ada makna. kan kan. Sekarang ni banyak kerja yang ditawarkan kat internet, so moral of this story is rajin-rajinkan diri anda surf internet kat laptop masing-masing yer. Nak surf kat dalam lab masa korang masuk tutorial pon takpa gak. kih3. Tapi ingat, jangan lupa diri. Pandai-pandai la kawal diri.

Buat kawan-kawanku yang masih malu-malu dan selalu jer nak gelak tu, kaver la diri bila korang nak ditemuduga satu hari nanti eh. Ingat aku dalam temudugamu. ( tapi, kalau kita gi temuduga sama-sama pun best jugak kan. Tapi sayang seribu kali sayang, kekosongan kerja tu hanya untuk satu tempat kosong sahaja. So, aku masti fight punyer..kah3)Lagi, apa yang aku nak pesan eh, haa kalau korang dah dapat gaji pertama tu, jangan lupa pulak kat gue. kah3, gitu.. Asik asik..Kata apa kita eh kot terbalik plak ayat yang ku bina ini, sori. Jadi, apa kata kalau kita stat cari kerja sekarang. jom. Bukan apa tau, sikit lagi senang la kan.Gelojoh bukan sebarang gelojoh tau..Buat surat job application then thank you letter and lastly follow up letter to a job application. Ok yuk everybody..

Wednesday, 9 November 2011

Tetibe Jer..

Pada malam yang hening  lagi hanya bertemankan getaran manja dari sang kipas, teringat aku pada serangkap pantun ini. Selepas mengetahui bahawasanya Dr Notts meminati pantun, jadi aku teringatlah pantun ni. Kejadian ini berlaku semasa  aku ngan Adda juga Dr. A. kah34. belum apa-apa dah nak gelak. kah3.. Jadi kenangan tu Da. kih3. Pantunnya berbunyi begini :
       
         Dua tiga kucing berlari,
         Manakan sama sikucing belang,
         Dua tiga boleh ku cari,
         Manakan sama abang Nasir seorang.


(macam citer PBL jer) Selepas habis aku mendendangkan pantun ni, terus je kami ketawa a.k.a suko selok kuat mban..wraft3.. (bagiku, ini tersangat lucu yer)hihi. Bila dikenang kembali la kan..

Monday, 7 November 2011

Jauh Perjalanan, luas pemandangan, indahkah panoramanya?

Tentuu la.. Banyak pengalaman yang aku dapat. Sesungguhnya, pengalaman itu tidak dapat dibeli. Kan kan. Jadi, carilah pengalaman itu walau macamana cara sekalipun. Jom kita cari pengalaman. Susah uuu..

Wednesday, 2 November 2011

kenangan mengusik jiwa..

Alamak!! Hujan.. Dah musim banjir agaknya. Wah!! semakin lebat ye. Titis-titis hujan itu titisan berkat. nak berfalsafah la sikit.hihi Ya Allah, aku mahu jadi seperti hujan yang mulia di singgahsana langit tinggi maruah dan kedudukan, namun demi amanah, hujan rela merendah diri menyembah kulit bumi demi kelangsungan sebuah kehidupan yang diamanhkan Tuhan. Hujan tidak pernah terkhilaf menurunkan Rahmat Tuhan, sedang manusia sentiasa terkhilaf dengan kesalahan dan kelupaan. Sekadar renungan.

Yang menjadi kenangan mengusik jiwa tidak sama sekali berkaitan dengan hujan sebenarnya. Jauh menongkah arus lari dari topik sebenar..wraf wraft wraft.. banyak yang menjadi kenangan kepada kita semua. setiap yang berlaku ada kebaikannya. Harus pejam mata dan cuba apa saja. Awat kluaq Najwa Latiff pulak ni..kah3. Serius serius. haikkk..(kawad)..

Pada saya, (skema gilak ayat, tak penah aku buat ni) setiap perkara yang telah saya jalani atau past tense nya perkara itu kepada saya akan menjadi kenangan dalam my mind. Tapi tak semua jugak..kah3. Ayat berbelit bak ular kena sawan. hihih.. Tapi, kebanyakkan perkara yang tak boleh dilupakan adalah saya mempunyai teman-teman macam kalian. InsyaAllah kenangan tu akan saya bawa hingga hujung kaki opps nyawa daa.
 Tak kiralah samada semasa saya di sekolah dulu dan sekarang. semuanya menjadi momen-momen manis dan rock..

Sunday, 30 October 2011

Sekilas Pandang


mari-mari... inilah hasil daripada sebuah ketulusan seorang pelajar..maka, terlukislah sebuah kenangan.. wiki2..gracias kepada tenaga pengajar yang memberi segala tunjuk ajar. kenangan dengan korang akan sentiasa terakam dalam kenangan dibenakku..