Thursday 29 March 2012

Best Friend versi JAPAN pulak..heh3

http://www.youtube.com/watch?v=pNEVW2FUBm8&feature=related.. Best jugak lagu ni. Walaupun tak berapa nak paham. kuang3.. yang paham hanyalah arigatou arigataou best friend.. wink2..

Tuesday 27 March 2012

rm 3 = uno horas

time = 12.15pm..
hacer color.
hentian 1.


time = 12.25 pm
masih panas lagi.
habis lemak tepu.
paking suka hati.
hentian 2.


time = 12. 36 pm
mendaki bukit.
Ada yang lelah.
hentian 3.


time = 12.40 pm
menyerah kalah?
terjun lubang.
bawak laju.
hentian 4.




time = 12.45 pm
teruskan kayuhan...
ke tepi ke tepi.

ninie syah
lexa vs boss
adda always. peace
taa raa... ratu mokyong




time = 12.55.
hentian akhir.
0 lemak.




time = 1.00 pm.
berebut beli 100+..

JUST REST & GO...


 Habis test tadi, diorang ni suddenly wat keputusan nak g Mines. Nak cari sandal rm20. Buy 1 free 1.. sandal macam orang nombor 3 dari kiri pakai tu. kaler biru putih ni.. boleh tahan jugak la. tapi tak beli pon. kui3. alih-alih yang nombor dari 4 ni kiri beli sepasang. cashier tu tak bagi ambik gambar. hampeh tol. bukan neelofa nak tiru pun design kedai dia kan.

tup tup...


hi hi hi.. tak bagi la konon nak begambo. Konon nak lepas stress lagi. nah! ambik kau.. main bowling sampai 3 games. naik kematu our thumb nail. sampai hang pin boling...kah kah. ada yang koyak kuku-kuku. hi hi..

yakk! masuk longkang kah? oh no

yu huu.. i'm the winner of the second game

totally kurus ke?

i steady je beb

dah tak runcing..wraft3

sebelum balik.. sempat lagi kita bedal asam laksa & air suam yang mahal. asam laksa =rm7.90. air suam =rmo.60.. grrrrr. tak sedap.

dan


kih kih kih

Saturday 24 March 2012

BAGUS UNTUK KESIHATAN?

Sekadar buat renungan, untukmu teman tersayang. Hitam putih kehidupan sendirian menentukan. Hidup ini usah dipersiakan. Wah! sesuai betul kata-kata dalam lagu ni kan. Ini karna, aku sayang bangatt pada teman-temanku.. Tanpa mereka, siapalah aku dalam dunia upm ni. Tentu tak berapa nak indah hari-hariku..

Jauh tersasul pulak. hihi (suka kecik). Macam ni, sekarang ni, bila tiba je waktu petang kan. Around 6 or 6.15, apa yang dibuat ialah beriadah. Wah! bagus ya. Ini karna, otak yang cerdas lahir dari minda yang cergas. Eh macam salah je. kah kah memang salah pun. Pandai-pandai la kurang nak analisis apa. heh heh. 

Jadi, adala aktivi seperti berungga mengelilingi blok a.k.a jogging, hugar el badminton a.k.a playing badminton, sesetengah orang tu suka skipping bro. Huh, tak rockk tul. Yang paling syoknya is apabila peluh keluar. Perghhh. Hilang habis stress mress press segala. Bukan peluh jantan ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ada yang jadi boss. Asal pukul 7 je, boss turun intai anak didik dia. Siapakah bos itu? jeng3..

Tapi, ada pasar malam mini kat hujung blok nu. Akak tu baik bangat. Pelbagai makanan dan aneka minuman tersedia untuk dijual. Yang anehnya, lepas bersenam, semua pi berkerumun akak tu. hmm aneh nih.. Esok nak naik beskal eh. Lorhh.. Ku nggak bisa joint kamu semua sih. Tentu asikkk bangat jika ku boleh joint sama kan. waaa waaa kekek. Selamat menunggang beskal kawan-kawan. Tapi, apa importante ialah sila jaga kesihatan kamu. Jangan asyik menternak je. Kan.. hahaha (Tiada bersangkutan samada hidup atau pengsan ea). Sila jangan feeling lebih-lebih no..

Friday 23 March 2012

MENCARI REDHA-MU

ASSALAMUALAIKUM WRTB.. (HMM ANAK SAPA LA BERHALUS MANIS NI KAN..KIKIKI) Masti bangga punye mak dia ni. (of course  la kan). hihi. Sebenaqnya ku tertarik dengan tulisan seorang Ustaz ni.  Bijak benor dia menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya. Kiranya bisa menghiburkan hati yang sedang duka lara.Ustaz Noor Hisham Ismail. 

Orangnya masih ganteng lagi kat depan kulit buku ni (dah ada isteri daaa). Lucu jugak perwatakan dia. Pelbagai masalah yang berjaya dia rungkai. Kira vogue jugak la. Eh, nape vogue plak ni. Hmm hebat3.. kan. Salah satunya is Doa merupakan senjata orang mukmin. Berdasarkan kata-katanya= 

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuatkan orang yang tidak percaya akan menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.."

"YA ALLAH...
BERIKANLAH KEKUATAN PADA HAMBA-MU INI
DALAM MENEMPUH DUGAAN UJIAN HIDUP
YA RAHMAN YA RAHIM...TERIMALAH IBADATKU
SESUNGGUHNYA AKU ABDIKAN HATI INI UNTUK MENAGIH CINTA-MU
YA MALIK..IBADATKU, SOLATKU, HIDUPKU
DAN MATIKU HANYA UNTUK-MU

YA ALLAH..
JANGAN KAU PALINGKAN HATI INI
SETELAH KAU ARUSKAN CAHAYA HIDAYAH-MU PADAKU
YA RAHMAN, YA RAHIM, YA GHAFFUR..
AKU BERTAUBAT PADA-MU, TERIMALAH TAUBATKU
INGIN AKU BERADA DALAM KALANGAN MEREKA 
YANG KAU BERI NIKMAT
DAN BUKAN PULA MEREKA
YANG KAU MURKAI SERTA MEREKA YANG SESAT."
AMIN YA RABBAL ALAMIN...


Thursday 22 March 2012

Solo Perfomance

Alamak mak mak mak mak.. (macam dalam gua plak. kah3).. Malam ni ada kelas persembahan solo. wah! mati la aku bro. Apa nak buek ni. Nebes pelik nah kalau bab-bab belakon soram-soram ni. Awatlah ada paper ni ya.  Kalau ada paper dwi persembahan kan besh. 

Huarghhh.. Tidak tidak tidak dak dak dak.. Apa aku nak buat soram-soram atas pentas ya. Walaupun ada skrip yang masih kena ubah lagi, perasaan malu, sedih, kacau dan sedikit perasaan rockk tu tetap ada. Apa-apa pun, aku malu nak tunjuk skill nihh.. Ayudar me. Ayudar me. 

Cda ngan Ilahhh.. Por favor, ayudar me. Ilah boleh buat bro.. Arghh aku heran dengan Ilah.. hahahha. Ilah boleh. Cayalah kamu Lah.. Aku bangga shama kamu mas.

Wednesday 21 March 2012

Ujang

Kipli : Eh! Betul ke kau dah berenti kerje ni Hafiz?
Hafiz : Betul la. Aku gaduh ngan bos semalam pasal gaji.
Kipli : Laa.. Napa pulak? Dia potong gaji ko ke?
Hafiz : Eh! tak la. Mana ada.
Kipli : Habis tu, apasal kau berenti?
Hafiz : Aku tak puas hati dia nak potong gaji member aku. Sebab tu la aku berenti.
Kipli : (Apahal la bengap sangat member aku ni!)


P/s = Ku baca Ujang. Nak koyak-koyak je rasa buku ni. (tapi sayang daa)

Saturday 17 March 2012

UM kami serbu

         Mengambil masa yang agak lama. Naik turun train dan was-was naik rapid KL akhrirnya tiba di UM. Mujurlah kita orang sampai ngan selamat. Lepas tu kami pun berjalan menuju ke main library,masing-masing bukak payung. Berbeza benor ngan Upm. kiki. Walaupun panas, tapi tak berapa nak panas. kan. hihi Wah! besar jugak library dia ya. 
        
       Masuk je, masing-masing nak meninggalkan kesan. Tinggalkan sejarah katakan. kah3..Lepas tu cari buku kat sistem. Tapi... buku-buku yang ada di sistem tak ditemui. Masa ni tak kecewa mana lagi. Masih kuatkan semangat. Habis seluruh library dia kitaorang jelajah. Memang banyak, tapi ada kat sini lah kat sana lah. Last sekali tak jumpa-jumpa. 
      
       Ada ke patut, raknya tak bersusun langsung. Kalau pelajar dia tentu dah biasa. Yang kita orang tak biasa. Biasa dapat layanan kelas atasan. Kalau kat library la. Tapi hampeh betul, pengawai dia orang asyik suruh kita orang isi borang je teruss. Nak ambik buku nah! Isi borang. sikit-sikit isi borang. Apadah. Dengan potostatnya yang mahal segala. Tak jumpa pun apa yang dicari. 
        
     Apa yang nampak hanyalah nasik. Apalagi, kitaorang serang kafe la jawab dia. Makan tengahari dulu. Lepas tu berenti rehat kejap. Kul 2.30 gerak ke Perpustakaan Pendeta Za'ba. Tapi sayang kul 2.45 baru bukak. Student kat sini pandang-pandang kat kitaorang. Hmm wat bodoh je la. Masuk dalam ni pun, asyik isi borang teruss. Stress kecik. Skema kapak belaka. Semua bilang takmau mai dah sini. kah3. 
      
     Cari-cari buku lain yang ketemu. wassap2 tol. Akhirnya novel cintak ku ketemu... ting tong tol. Buat keputusan untuk balik. Berebut bertolak naik train. Last sekali semua buat keputusan pi Mines. Lepaskan stress. 

Bukit tinggi kaklah

Nah! nak gi belarok uuuu..

Sila isi borang ya

Selera yang mewah. 




Wednesday 14 March 2012

Kehilangan

Akhirnya kau pergi meninggalkan aku. Banyak kenangan. Banyak sangat. Kalau ingat balik, memang aku sedih sangat3. Sempat menitiskan mutiara jernih semalam. Tapi, aku tutup mata dengan kain selimut. Bukan apa, takut roomate aku tengok aku nanges. Huishh. Buek malu. hihi. Semalam, aku nak isi air kat water luker, lepas tu aku tengok kucing ni dok kat tepi pintu tu. Ha muka dia sedas sama ngan kucing aku yang dah mati ni. Aku pegang la. Sesungguhnya aku tak akan dapat lagi bertemu denganmu wahai kucing. Kau pergi tika usia mu masih kecil. Belum puas aku berkejaran denganmu. Tu la, kau mengandung awal sangat. Tengok, kan dah tak ada daya nak melahirkan baby. Apadah. Ajalmu dah tiba. Aku harap kau bahagia. Kalau aku rindukan mu, aku akan tengok gambar ni puas-puas. waaaaaa.:(