Seterusnya komuter tiba di KL Sentral. Aku pun bertukar haluanla. Dari sayap kanan, beralih ke sayap kiri. Naik la komueter menuju ke P.Klang. Ada orang ni aku tengok kan. eeii geram betol. Buat lalak penim la pulak bila tengok ada akak tu bawak baby, tapi sayang akak tu tetap berdiri dengan baby di tangannya. Yang budak ni pulak, masih meneruskan kepeningannya itu. Lagi sekali tak berapa nak sopan. Al kisahnya aku pulak, berdiri terus di sepanjang 14 stesen. Huh! betapa sakit tumitku ini. Tapi ku gagahkan semangat. Akhirnya, masa yang tunggu telah tiba. Yabedabudu. Aku dapat duduk. Yeay.. Hureeii. Dapat duduk hanya untuk yang last stesen, iaitu dari Batu 3 ke Shah Alam. Tapi tak pa. Masih ada rezeki di situ.
Akhirnya, perjalanan aku yang jauh pun sampai jua. Tapi malang sekali, my akak still tak ada menunggu aku kat stesen komuter tu. Tak patot langsung. Akhirnya aku ambik keputusan drastik. Aku berjalan kaki secara slow rock di sepanjang jalan. Ini kerana rumah akak aku ni tak jauh sangat pun dengan stesen itu. emm panjang jugak cerita ini ye. kah3
Baik. Hari semalam selepas hari yang semalam tu pulak, aku dan kakak-kakak serta anak keponakan telah meramaikan orang pergi memeriahkan jom heboh kat Bukit Jalil. Saja nak bagi sokongan kat TV3. kih3. Mujurlah tak berapa nak panas. Tapi, akibat ramai orang yang berebut nak ke sana dan ke mari, jadi berpeluh jugaklah ketiak masing-masing. Orang ramai berasak-asak membeli barang jualan. Kalau tengokkan paper bag masing-masing, hmmm kat mana lah nak disimpannya. Aku pulak berebut nak dapatkan hadiah. kah3. tak cara kokram doh. Ambik gambar pun kaluk jugak. Lepas tu, kita orang buat handalan lagi. Pergi mengunjungi Mines pulak. Sabarlah kaki. Apa nak buat. Dah tugas kan. Apa yang bisa dingomong is hari-hari tersebut sememangnya capek, namun berlalu dengan smooth and silky.
No comments:
Post a Comment