Saturday, 26 November 2011

ops! silap post plak..

Awat aku pun post jugak pasal yang sudah dipostkan oleh para posto ( geng cempaka sari) tu? emm tak yah susah-susah la ta. Dia orang dah tolong masukkan gambar i dah. Tak payah nak memuatnaikkan lagi. an an. Tak yah la. Hmm malam ni aktivitinya ialah berdansa. Pertama kali nak buat memang sukar. Sukarnya, untukku berpisah denganmu. Ku kunci, cintaku = Ramlah Ram pulak. Tapi selepas diulang tonton beberapa das kali, alah! senang jer. (kita tengok hasilnya saja) kah3.. Huyyoo..berpeluh-peluh ooo.

Motif yang sebenar post yang silap ini ialah tak ada apa pun. Saje ungkit kisah silam. Moga terimbau balik kenangan lama kan. kikikih3





















                                 nah! Terbaru la jugak..kah3

p/s : Tiada kaitan antara dulu dan sekarang.. Hadapilah kenyataan..Wraft3

Wednesday, 16 November 2011

Tolongg.. 'Shida' kat tepi aku ni!!


Nah! satu lagi pengalaman manis yang ku dapat ketika membuat tugasan ini. Semua rasa ada. Tapi yang paling penting ialah kerjasama. Semua geng kita memberikan kerjasama yang memang cukup. Walau apa jua yang bau, kita tetap bersatu kan. Cempaka Sari boleh jer.. Yeayy..Yahuuuk

kah kah kah

Posted by Picasa

Tuesday, 15 November 2011

Aku Yang Menemankan Malam

                       "Sebelumnya kau pergi,
                       renunglah ku di sini,
                        kerna mungkin terjadi,
                         kita takkan bersua lagi.

Huishh.. Jiwa karat ku di malam buta ni.. kiki.. Teringat kenangan dulu-dulu bila lagu-lagu evergreen ni berkumandang dipendengaran. Terimbau segala yang buleh terimbau la kan. Adess.. Kini aku sendiri, jauh melangkah pergi, tidak menoleh lagi. Kenangan silamku kini tertulis dalam sebuah puisi. Masih boleh meneruskan perjalanan walau apa jua badai menimpa. Bak kata Erra dalam lagunya 'manisnya pertemuan, pahitnya perpisahan'.

Setenang air dikolam yang banyak bunga teratai berkembang mekar bila pagi dan menguncup bila tengaharinya khususnya kat kolam kat DKAP tu kan, ala yang kat tepi dia tu ada beberapa pohon rambutan yang sedang masak seranum dan semanis miktam itu, huh! semput nak menghabiskan ini ayat maa.. Tiada sebarang tema dan persoalan pada perenggan dua..kah33. Tapi, ku kangan sama sahabat lamaku yang jauh nun di sana..

                SArAH.. Ku kangan sama kamu..


   Inilah dia sahabatku =Maisharah Mohamed Ali.. Lof u Rah..

Ku berdoa supaya persahabatan yang kita bina selama ini mampu bertahan hingga ke akhirnya. Biarlah beribu batu jauh jarak penghalangnya, biarlah masa menjadi kekangannya, biarlah segalanya berlalu, namun satu yang ku ingin  khabarkan, aku bangga, bersyukur, teruja dan segala rasa lagi kerana Tuhan mempertemukan kita. Persahabatan yang kita bina banyak mengajarku tentang satu perkara iaitu best kalau dapat kawan yang sememangnya best.

Kini, ku juga punyai sahabat yang best-best belaka. Aku bangga punya sahabat sehebat  seperti kalian. Kalau nggak, siapa yang mahu melayan karenahku dalam meniti arus globalisasi masa kini. Dengan adanya sahabat seperti kalian, duniaku penuh dengan warna-warni. Kebannyakannya, manis-manislah. Susah nak dikata. Rumusannya is korang memang hebatlah..






               hihi..gambar sekadar hiasan rindu..

Sunday, 13 November 2011

Jom cari dia

Suatu hari nanti selepas kita semua telah bergraduat, tentu semua akan kalut pergi mencarinya. Mana taknya, dia ni penting untuk kita semua serah balik yang bukan milik kita tu kan. Kalau tak bayar kang, sampai la suratnya. Wah! lega kan kalau dapat bayar cepat-cepat. Takyah dok pening-pening. Yuk semua kita pakat berebut gi cari kerja. Tentu seronok banyak kan gi cari kerja, pastu gi interbiu. Wah!! gimana ya pada masa aku gi interbiu nanti. Apa yang dipakai? Better ku pi beli baju batik barang sehelai dua tiga helai.

Hmm...tak sabarnya ku menanti detik itu. Semuga aku mampu mendapat apa yang aku idamkan. Tapi, kalau tak dapat apa yang aku berkehendakan pun takpa, janji ku punya kerja. Jangan pilih-pilih.. Bedal jer, tapi kena tengok jugak la bro. Jangan bedal sebarang bedal. Biar bedal ada makna. kan kan. Sekarang ni banyak kerja yang ditawarkan kat internet, so moral of this story is rajin-rajinkan diri anda surf internet kat laptop masing-masing yer. Nak surf kat dalam lab masa korang masuk tutorial pon takpa gak. kih3. Tapi ingat, jangan lupa diri. Pandai-pandai la kawal diri.

Buat kawan-kawanku yang masih malu-malu dan selalu jer nak gelak tu, kaver la diri bila korang nak ditemuduga satu hari nanti eh. Ingat aku dalam temudugamu. ( tapi, kalau kita gi temuduga sama-sama pun best jugak kan. Tapi sayang seribu kali sayang, kekosongan kerja tu hanya untuk satu tempat kosong sahaja. So, aku masti fight punyer..kah3)Lagi, apa yang aku nak pesan eh, haa kalau korang dah dapat gaji pertama tu, jangan lupa pulak kat gue. kah3, gitu.. Asik asik..Kata apa kita eh kot terbalik plak ayat yang ku bina ini, sori. Jadi, apa kata kalau kita stat cari kerja sekarang. jom. Bukan apa tau, sikit lagi senang la kan.Gelojoh bukan sebarang gelojoh tau..Buat surat job application then thank you letter and lastly follow up letter to a job application. Ok yuk everybody..

Wednesday, 9 November 2011

Tetibe Jer..

Pada malam yang hening  lagi hanya bertemankan getaran manja dari sang kipas, teringat aku pada serangkap pantun ini. Selepas mengetahui bahawasanya Dr Notts meminati pantun, jadi aku teringatlah pantun ni. Kejadian ini berlaku semasa  aku ngan Adda juga Dr. A. kah34. belum apa-apa dah nak gelak. kah3.. Jadi kenangan tu Da. kih3. Pantunnya berbunyi begini :
       
         Dua tiga kucing berlari,
         Manakan sama sikucing belang,
         Dua tiga boleh ku cari,
         Manakan sama abang Nasir seorang.


(macam citer PBL jer) Selepas habis aku mendendangkan pantun ni, terus je kami ketawa a.k.a suko selok kuat mban..wraft3.. (bagiku, ini tersangat lucu yer)hihi. Bila dikenang kembali la kan..

Monday, 7 November 2011

Jauh Perjalanan, luas pemandangan, indahkah panoramanya?

Tentuu la.. Banyak pengalaman yang aku dapat. Sesungguhnya, pengalaman itu tidak dapat dibeli. Kan kan. Jadi, carilah pengalaman itu walau macamana cara sekalipun. Jom kita cari pengalaman. Susah uuu..

Wednesday, 2 November 2011

kenangan mengusik jiwa..

Alamak!! Hujan.. Dah musim banjir agaknya. Wah!! semakin lebat ye. Titis-titis hujan itu titisan berkat. nak berfalsafah la sikit.hihi Ya Allah, aku mahu jadi seperti hujan yang mulia di singgahsana langit tinggi maruah dan kedudukan, namun demi amanah, hujan rela merendah diri menyembah kulit bumi demi kelangsungan sebuah kehidupan yang diamanhkan Tuhan. Hujan tidak pernah terkhilaf menurunkan Rahmat Tuhan, sedang manusia sentiasa terkhilaf dengan kesalahan dan kelupaan. Sekadar renungan.

Yang menjadi kenangan mengusik jiwa tidak sama sekali berkaitan dengan hujan sebenarnya. Jauh menongkah arus lari dari topik sebenar..wraf wraft wraft.. banyak yang menjadi kenangan kepada kita semua. setiap yang berlaku ada kebaikannya. Harus pejam mata dan cuba apa saja. Awat kluaq Najwa Latiff pulak ni..kah3. Serius serius. haikkk..(kawad)..

Pada saya, (skema gilak ayat, tak penah aku buat ni) setiap perkara yang telah saya jalani atau past tense nya perkara itu kepada saya akan menjadi kenangan dalam my mind. Tapi tak semua jugak..kah3. Ayat berbelit bak ular kena sawan. hihih.. Tapi, kebanyakkan perkara yang tak boleh dilupakan adalah saya mempunyai teman-teman macam kalian. InsyaAllah kenangan tu akan saya bawa hingga hujung kaki opps nyawa daa.
 Tak kiralah samada semasa saya di sekolah dulu dan sekarang. semuanya menjadi momen-momen manis dan rock..