Larian kipas yang terdapat di bilik seolah-olah menggamit untuk menikmati malam yang indah tanpa sebarang membuat kerja yang berfaedah. Putaran waktu malam ni juga seolah-olah lambat. Jenuh aku menunggu setiap detik yang bakal mengejar diri. Kalau dah berlalu tu, wah! cepat aja. Banyak sebenar yang boleh dilakukan. Tapi, tu la. Masih tak mampu nak melawan nafsu yang begitu beraja dalam hati. Maka, tidak hairanlah akan muncul satu yang dinamakan stress kecik. Apa yang telah berlaku?
Hmm kaeknya, waktu berlari meninggalkan aku begitu sahaja. Aku tak akan dapat lagi mendapatkannya kembali. Sayang. Waktu yang lapang aku tak mampu menguruskannya dengan molek. 24 jam. Hanya berapa % saja masa yang diperuntukan diguna pakai dengan sebaiknya. Justeru, di sini apa yang ingin aku suarakan ialah kita kena hargai masa. Masa yang berlalu tidak mungkin akan datang pada masa akan datang. Semuanya akan terakam dalam sebuah frame yang diberi nama kenangan. Samada pahit atau manis di masa akan datang, kitalah yang bakal mencoraknya.
No comments:
Post a Comment