Monday, 16 January 2012

Apa Khabar Orang Kampung

Lama sudah tak berjumpa, kirim-kirimkan berita, semoga sihat selamanya..
Baik tak yah nyanyi bro. Wah! dah sampai.. Yahoooo.. Jauh dari hiruk-pikuk kota.
Nak makan apa, petik jer kat belakang rumah.
Nak turun ke sawah kutip siput pun ada, tapi bukan sekarang la.
Sekarang ni orang tanam padi include my dad.
Boleh la aku main lumpur sambil buat terapi kaki dan bermanja-manja dengan lintah dan pacat.
Buat kerabu pucuk paku pun best jugak ni.
Rebung duri masak lemak dengan 4,5 ekor udang kecik-kecik,
pastu ada sambal pauh or sambal buah cupu,
ada budu taruk asam limau, ikan tawar dan penyetkan lada burung,
ulamnya is umbuk kantan yang dicelur, terung pipit yang dicelur, or kacang botol..

Wah!! dasat-dasat..

Yang ni petak bendang sape ntah

WOW!! mahu tak ingat dunia ni.. wassap2

Nah!!.. Tolongggg

alamak! sekali beruk daaa..

Friday, 13 January 2012

Esok Yang Akan Berlalu

Ooo begini rasanya, hatiku gembira.. Melihat dia, hatiku suka, kerna di. emm di apakah ya? Ntah la labu. Esok, akan berlalu dan akan ditempuhi juga sekiranya ajal belum menjemputku. Apakah yang akan berlaku esok? Hanya Tuhan yang yang tahu. Kalaulah aku tahu, akan ku khabarkan berita gumbira ini kepada seluruh dunia. Tapi sayang, aku berpegang kepada 'buah' kalau. huk huk huk.. Selamat menempuhi hari esok.. Tapi, sebelum tu, ingin saya memberikan sedikit info berkenaan sesuatu iaitu : Badak air mampu membuka mulutnya dengan luas sehingga mampu memuatkan kanak-kanak setinggi kira-kira 1.2 meter.
Hi hi hi.. Info yang memang lari daripada tajuk asal. wassap2 la kamu..

Wednesday, 11 January 2012

Bila Syida Bermonolog...

I wish you all the best bro.. Aku nak bersuka bila aku yang bermonolog. Tapi, aku yakin bro, kau mampu lakukan yang terbaik. Aku tak boleh bro nak bermonolog ni. Tak boleh. Kalau dengan kau, takpe lagi bro. Kalau sorang-sorang, memang aku angkat bendera putih bro. Kenapa suka benor aku berbro-bro ni. Apa Pekdahnya??...waka2 ea ea..Tengok, baru sikit aku tunjukkan bakat yang aku ada, kau dah meletuskan tawa. Sangat tidak senonoh. Well, aku serahkan tugas ni kat kau eh. kah3.. Bila kau fikir yang kau boleh, kau pasti boleh melakukan. Bila kau fikirkan ragu-ragu...Arghhh pandai-pandailah sambungg..


Sunday, 8 January 2012

Sekadar Renungan

Ambillah waktu untuk berfikir, itulah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain, itulah rahsia dari rasa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa, kerana itu sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar, kerana itu sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk dicintai dan mencintai, itu adalah hak keistimewaan yang diberikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah waktu jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi, itu membuatkan hidup berasa bererti

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal kerana  itu adalah kunci Syurga


Thursday, 5 January 2012

Serunuknya.....:)

Kepada Tom & Jerry-> Aku akan habiskan waktu bersamamu.

Kepada Malam-> Aku akan menikmatimu

Kepada PITA -> ??? Apa akan terjadi kepadamu??

Yiihiii....


 Kabur plak gambar ni. kah3

Ini cerita banyak best laa..

Sekarang, Alhamdulillah aku telah selamat melepasi waktu-waktu getir di penghujung semester ini. Tapi, untuk sekejapan sahaja. Selepas ini, akan ada lagi ujian yang bakal melanda. Jangan terlalu serunuk bro. Kelihatan serunuk kamu..Serunuk kecik je pun. kri kri kri.. Yahoo.. Harap berjalan tanpa ada sebarang kesesakan. 

Wednesday, 4 January 2012

AKU,CDA,ADA.ILAH DAN ILA...

yahooo.. nak exam..yahooo.. nak exam...yahooo. nak exam..wah!! ulang yang sama pulak.. maap. Kepada mereka-mereka itu, selamat menjalani hari-hari yang akan berlalu..  Fuyyoo. Mintalah petunjuk dan hidayah dari yang maha Esa. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Wrt..

Sunday, 1 January 2012

DR NORMALIZA ABD RAHIM= BBK3408

Assalamualaikum na.. Aku merasakan aku orang yang terakhir yang membuat kerja ini. Sungguh tak berapa nak sopan. Kemaafan dipinta sekali lagi. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. kih kih. Pada pagi yang mulia ini, ingin saya sampaikan sebuah cerita yang bertajuk multivitamin eh eh yang bertajuk Seorang Raja dengan Rakyat Jelatanya. Izinkan saya memulakan cerita. Jeng jeng jeng. (Dengan penuh bersemangat)

Di hujung sebuah blok, ada satu negeri yang diberi nama oleh siapa ntah iaitu Wacana bukan luticana, masuklah rakyatnya memenuhi balairung kamar tersebut. Beberapa detik lebih, Rajanya pun tiba. Fuyyoo. Raja kelihatan  sangat vogue dan ada sedikit unsur rock pada pandangan hamba. Di sini tersimpan segala rahsia tentang Raja yang rock itu. Ayuh tekan. http://aammwa.blogspot.com/ .Jangan timbul rasa segan walau sekuman pun. Tekan saja. Raja suka punyerr. Saya ada gambarnya. Ta tra tra tra. upload 99% ha! inilah dia Raja yang rock itu.

Nama penuh Raja dengan gelaran tertinggi dia is Dr Normaliza Bt Abd. Rahim. 
I said : Dr. you are the best among the best.

Adegan demi babak dan bab pun bermula. Berlaku bermacam-macam drama serta sayembara tapi tidak pentomin juga tidak ada sebarang penganugerahan artis paling ngetop. Sepanjang karier saya selama bergelar rakyat di bawah naungan Raja yang rock ini ialah saya rasa teramat teruja. Mujur saya tidak begitu terkinja-kinja di pentas dunia ini. kah kah kah. Ini sudah tidak ada modal nak bercerita. Ayuh! Bangkit. yeahh! Jangan bimbang, banyak lagi cerita ngetop ni.

Sambungan...
Raja menitahkan agar semua rakyat jelatanya membina istana pasir. What? Bukan-bukan. begini, buat bermacam-macam benda. Mula-mula sebagai rakyat yang memang tidak ada sebarang aktiviti terlatih, memang kita semua blurr. Tapi, tu hanya sekejaban coma. Lepas ada tunjuk dan ajar nescaya rakyat-rakyat yang memang sudah tersedia cukup segala zat makanan ni pun cepatlah belajar. Siap pada waktu yang sewaktu dengannya. Tak hairanlah. Rakyat seramai 37 kepala telah bergabung menjadi ahli kumpulan sebanyak 7 kumpulan. 

Dari arahan kerja masuk lab hinggalah rakyat pandai menggunakan teknologi. Di sini saya sertakan butiran lengkapnya iaitu buat majalah, kalendar, membina blog yang lengkap dengan link setiap rakyat, tapi ada yang tak menjadi buatanya. kah kah. Tak ada gambarlah dan sebagainya. kah kah. Lagi import export picture to picasa, print screen, membina jaringan laman sesawang rakyat, ratu mengeluarkan teka-tekuk yang tak berapa nak rock, menggunakan power point siap ada dendangan lagu, menjadi artis tak berapa nak ngetop, juga rakyat menjadi seorang reporter. Eh tak silap saya ada juga yang jadi penari ronggeng yang tak menjadi, jadi hantu, kamera man, jadi editor, jadi pelukis tegar dan ohhh tak senarai hamba nak sebut. Sampai begitu sekali gamaknya. kah kah kah. Tapi, serius best walaupun banyak kerja yang diperintahkan. Angkat Ibu jari kecik. Ayah berkata, wah! ini yang kamu belajar ya. Sudah tentu la yah. Baguskan. Hmm.. Bagus anak aku. Tak gentar menyahut cabaran. 

Sepanjang karier saya sebagai rakyat dalam pemerintahan Raja, udah banyak kok pengalaman yang saya timba dan senduk. Saya dapat bergaduh dengan rakyat yang lain, bermasam muka barang seminit dua, dapat tarik rambut kawan, cucuk mata dia orang dan sebagainyalah. Pendek kata, banyak step yang harus ditempuhi. Hinggakan berbelas-belas step tu. Step 1= baring, step 2= jatuhkan kelapa, step 3= kelip-kelip pas kan mata dan anda bayangkan sendiri. kah kah kah. Kita sebagai rakyat harus punya dan pilih banyak cara. Di bawah pemerintahan Raja juga, kita harus bijak memilih apa yang perlu dipilih dengan tepat dan sesuai. Jangan ada sebarang keraguan. Dengarlah kata hati anda. Ikut rasa binasa, tapi ikut hati mati. Justeru, moral of this story is don't judge a book by it's cover. Dan satu lagi nasihat saya, sambil menyelam minum air. Basahkan tekak je. Tapi awas! jangan terlebih minum sudah. Buruk padahnya.

Di sini juga, saya akan selitkan sedikit kenangan yang akan menggamit memori bagi saya dan anda satu masa nanti. Diharap, kita akan tetap bersatu. Jangan jadikan yang pahit sebagai pemusnah hubungan kita namun, kenanglah segala memori yang kow-kow yang telah kita bina bersama. Yoo yoo..



Kumpulan Mana Belakang Nuh. Wah! Tok Billai la..

Sekian terima kasih. hasta manyana.