Sunday, 30 October 2011

Sekilas Pandang


mari-mari... inilah hasil daripada sebuah ketulusan seorang pelajar..maka, terlukislah sebuah kenangan.. wiki2..gracias kepada tenaga pengajar yang memberi segala tunjuk ajar. kenangan dengan korang akan sentiasa terakam dalam kenangan dibenakku..

Thursday, 27 October 2011

SEKEPING HATI

           Ya ALLAH, Kurniakan kepada kami HATI seperti ini....

Hati yang bersih
   Firman ALLAH,  maksudnya : "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)". (Surah al-Syams 91:9)

Hati yang lurus
   Firman ALLAH, maksudnya : (mereka berdoa dan berkata) : " Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu: Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpahkan pemberian-Nya." (Surah Ali Imran 3:8)

......dan Kau peliharalah daripada hati ini...

Hati yang terhijab (tertutup)
    Firman ALLAH, maksudnya : "Dan antara mereka ada yang memperdagangkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang manghalang mereka daripada memahaminya dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadi pekak)
(Surah al-An'am 6:25)

Tuesday, 25 October 2011

kiSah KiTA

 Hari semalam berakhir dengan kenangan. Cepat je masa berlalu. Ni dah masuk hari baru dah. Ni yang rasa nak nyanyi. Sikit je eh.. Masa berlalu,tanpaku mennyedari, percintaan yang kita bina hampir terlerai. Usah biarkan. Cinta kita yang suci, dilambung ombak karam di lautan berduri. Alamak! panjang pulak..kiki.

Tarikh 24-Okt-2011 ialah hari Isnin kan. ohh!! hari lahir Ilalycan Bluesky.. Wah! selamat hari lahir la. Sweet 22. (memang pun). jadi, aku bersama kawan-kawan yang lain yakni Ada sama Ilah, juga dengan Nuyu (agak lama tidak keluar sama kamu yu) telah berkeliaran dibeberapa buah tempat lah. 

Dalam mengharungi hari Isnin itu, berlakulah banyak ragam yang mencuit hujung hati kitaorang. Yang aku paling ingat ialah pada masa Sembahyang Asar, salah seorang dari mereka berdua ini telah siap sembahyang. Tapi, sayang berkali-kali, dia guna kain semayang yang dah terkoyak. So, nampaklah el pelo dia. Apalagi, aku yang siap bagi Salam tu, terus je mencuit si A ni, apalagi, gelak sakan la. macam 'pelaka' je. A kan..hahah 
Semayang semula la beliau. Lepas siap tu, naik makan balik. Padahal dah makan dah tengahari tu. Tiba-tiba, sakit la pulak  sorang nih. nak cari toilet yang memenuhi piawaian punyer la sukar. kena jalan jauh baru jumpa. Fuyyo, lenguh kaki-kaki bro. Tapi takpe, demi mu ku rela kok. Then, kul 8 malam kita orang pun makan kek, sangat la muak nak menghabiskannya. Bukan kek yang si Jerry (tom & Jerry) suka makan tu. Tapi ni kek yang besday gulrz suka. Cepat habiskan, kita nak balik dah ni. celup tangan dalam kolam. Jangan cara kokrang..kih3. Cuba tengok bawah...he3


Kita Posing Dulu da..


Orang Nak Belanja Tak Nak..hihi. Takpe. ta Tak Kisah

Main correct hidung apa ni Lah..

                                                                
 Kebosanan menunggu buah yang putik..

                                             
                   Nah!! terpancar riak wajah riang gumbira..


               BESDAY GIRL..MISS SITI NOOR AZILA CHE AWANG...


                                     hAbiskan Da.. balikkkkk..

Friday, 21 October 2011

Take & Eat

Di suatu tengahari yang tak berapa panas, selepas masa dua jam tepat kuliah berakhir, aku dan temanku pun pulang. (eh, nanti-nanti. Dimana klimaksnya kan). Dalam perjalanan pulang, kawanku ternampak sesuatu. aku berdebar sudah. arghhh..Dimana-dimana.. temanku menggamitku agar berpaling ke arah tersebut. apalagi, dengan sepantas lompatan belalang aku terus zapp berpaling ke arahnya.
        Nah! hujung jarinya yang tak berapa nak runcing(runcing lagi jari roomatenya) itu menghala ke arah pagar buatan manusia itu.Apalagi, aku tengok matanya yang sempat lagi dibentuk dengan maskara Avon itu dah pun penuh dengan duri-duri. hmm aku dah agak dah.
        Apalagi..Serangggg..eh2, aku pulak yang terover excited. sedang pada itu, 'supir kami' menunggu kami dalam JJA..haaha..(gurau je ea) sudah bersiap siaga membuka hujung bonetnya. nak mudahkan urusan la tu. manakala, aku dan temanku itu berjaya menangkap dan membawa pulang hadiah yang lumayan. Yahooo.. jarang kita boleh tangkap secara langsung ye.
        Dengan sepantas lompatan belalang pula, kami berlari ke arah JJA dengan hasil lumayan tersebut. Yeaahh. Akhirnya, plan yang tak dirancang itu pun berjaya. siap ada yang kecil dan besar lagi. yang kecil untuk Ada.. hihi. ni serba sedikit gambaran visual cerita ini..

                                               
                       sape-sape ntah.. yang ni baik banyak. tak tunjuk muka banyak..kah3

                               Nah!! inilah die..si Oppet yang berjurus..kah123456789

Gelagat Kamu..

Assalamualaikum..sonpamnyer..anak mak aku la ni..sejak menjak dua tiga 4,5 menjak ni, aku merasakan sangat lucu dengan gelagat teman-temanku. Ye la kan, eh! macam Emelda la pulak kan kan kan. masuk je kelas minor, terus je muncul rasa nak bersuka. Lucu mban dengan lakonan yang dipamerkan oleh pelajar yang bernama Ilah,Cda, Yaya ngan Bam. tersangat lah lucu hingga bergelak hingga berdekah-dekah. boleh sakit pinggang oii..Nah!! ini yang menghilangkan segenap rasa tensen yang bermukim didada. segalanya dapat kita bersuka-suki bersama. oppss..yang tak boleh nak ingat nye, time tengok Dr.Notts pun gelak sakan dengan lakonan kitaorang. apadah..lucu bangat sih..WOW!!.. ni ada sikit gambar masa kelas Cik Mell.. yang aku pasti, gambar Ilah Vanessa je banyak..apadah untuk kau..eh2 die ni.


                 lihatlah saya..cehh! pantang flash mengaburi kecantikanku.. Itaa! tutup flash tu.

Wednesday, 19 October 2011

Jawapannya ialah....jeng3..ta tra tra

Jasper = hantu.. wow! benar nih..
Jonah = Dr Notts friend or maybe her son.
John = salah sebuah tempat yang Dr Notts pergi kan..ke Dr Notts sendiri..hi3

Sunday, 9 October 2011

..Semua Tentang Kita..

       kelmarin yang berlalu
       hanya sekejap cuma.
       segalanya akan terakam sebagai momen indah
       antara kau dan aku.
       masih teringat ilai tawamu
       bersama angin,ombak dan pantai
       kau begitu bahgia.
       jangan pernah kau lempar momen itu
       ingatlah selamanya
       semua tentang kita...